Program Pasca PT3 SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor

18 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Oktober 2018, Pusat Internet Kg Quop dengan kerjasama Pusat Internet Bengoh telah mengadakan ceramah mengenai Perkongsian melampau dan Maklumat Palsu di SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor. Disini pelajar telah didedahkan dengan keburukan perkongsian melampau di media sosial. Pelajar juga telah ditayangkan video yang berkaitan dengan perkongsian melampau dan maklumat palsu.

Pusat internet berharap pelajar dapat mengambil ikhtibar dari ceramah yang diberikan supaya sentiasa berhati-hati dengan penggunaan media sosial dan berkongsi maklumat kepada orang yang tidak dikenali.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali